Platform E-Dagang Gubahan Bunga dan Gifting 50GRAM

Shir Chong mendakap erat bingkisan bunga daripada 50GRAM di malam Most GLAM 2019.

Nora Danish bersama gubahan bunga mawar dan peoni daripada 50GRAM.

 

Ketua Pengarang, Suzie Adnan dan Izara Aishah bersama gubahan bunga daripada 50GRAM di Most GLAM 2019.

Tidak tertumpu semata pada gubahan bunga, 50GRAM meluaskan penerokaan industri e-dagang menerusi pemberian hadiah (gifting). Pelanggan boleh menempah kad jemputan digital (e-cards) untuk apa jua majlis keraian seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis korporat, parti ulang tahun, pesta dan acara intim. Bagi urusan korporat, bingkisan Lamy Series; gubahan bunga berserta pen diukir nama personal dilihat cukup ideal. Kini, tuan rumah atau host boleh menyemak senarai tetamu yang hadir menerusi sistem digital RSVP yang diperkenalkan dengan mudah dan efisien. Bagi urusan korporat, bingkisan Lamy Series, gubahan bunga berserta pen diukir nama personal dilihat cukup ideal. Mereka mahu membawakan pengalaman revolusioner belian dalam talian ke tahap tertinggi untuk perniagaan gubahan bunga dan pemberian hadiah kepada pelanggan era millennial.

Jelitawan yang diraikan di Most GLAM 2019 memegang erat gubahan bunga rekaan 50GRAM.

Tidak lama lagi, pelanggan boleh memuat naik aplikasi mudah alih pertama seumpamanya  yang sedang giat dibina oleh jenama ini  untuk menempah gubahan bunga atau hadiah menarik tanpa perlu bersusah-payah. Layari laman web rasmi 50GRAM untuk melihat katalog dan servis lain yang disediakan.

Tiga lelaki budiman di sebalik jenama 50GRAM, Brothers Spring, Titus Wong dan Justin Chang.